Pemain tengah Atletico Madrid, Augusto Fernandez, terpaksa diketepikan buat tempoh yang lama apabila disahkan mengalami kecederaan ligamen dalam kemenangan 1-0 ke atas Deportivo La Coruna pada Ahad.

Pemain berusia 30 tahun itu telah dikeluarkan seawal minit ke-14 selepas terlibat dalam pergelutan dengan Celso Borges dan jelas riak wajahnya menunjukkan kesakitan.

Masalah kecederaan di lutut kirinya memaksa bekas pemain Celta Vigo itu terlepas sebahagian besar musim lalu, namun jelas pada musim 2016-17, pemain itu turut menemui kisah sama selepas mengutip kecederaan serius itu.

"Pemeriksaan mendapati ligamen lutu kanan Augusto Fernandez telah koyak sepenuhnya," jelas kenyataan dikeluarkan Atletico Madrid dalam laman sesawang kelab itu.

"Dia akan menjalani pembedahan dalam masa terdekat."

Tweet 1

Atletico kini berdepan masalah ketiadaan pemain apabila Jose Gimenez turut mengalami kecederaan di babak pertama berdepan Depor menjelang pertemuan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) berdepan Bayern Munich.

Pemain antarabangsa Uruguay itu mengalami kekejangan otot peha dan digantikan oleh Lucas Hernandez pada minit ke-19.