Liga Thailand: Dominic teruja sambung latihan seperti biasa

Shaiful Shamsudin
Jun 7, 2020 13:59 MYT
Pertahanan Harimau Malaya, Dominic Tan, mengakui tidak sabar untuk turun ke padang apabila semua pasukan Liga Thailand kembali menjalani latihan esok.
Beraksi bersama Police Tero FC, pemain kelahiran Singapura itu menganggap ia sebagai persediaan terbaik untuk menghadapi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Oktober depan.
"Sudah lama saya tidak dapat bersama pasukan, sudah tentu saya teruja untuk kembali berlatih.
"Ia satu perasaan yang bagus untuk dapat kembali bermain dan keadaan semakin normal," katanya dalam perbualan video bersama wakil Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam, hari ni.
Pemain yang melakukan kemunculan pertama di peringkat senior antarabangsa pada 2019 itu menambah sempena saingan di negara jiran itu yang akan bersambung semula September depan: "Kami boleh berlatih seperti biasa.
"Situasi di sini semakin baik dan pemain dibenarkan untuk berlatih secara berkumpulan."
#Harimau Malaya #Dominic Tan #Police Tero FC