RENNES 2 TOTTENHAM 2

Nuno Espirito Santo tidak pasti apakah khidmat Lucas Moura dan Steven Bergwijn akan dapat digunakan untuk pertembungan Tottenham dengan Chelsea dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas seri 2-2 dengan Rennes, awal pagi tadi.


Tottenham membalas gol menerusi jaringan Pierre-Emilie Hojbjerg ketika permainan berbaki 14 minit untuk berkongsi satu mata dalam perlawanan pembukaan Liga Persidangan Europa itu selepas ketinggalan Flavien Tait dan Gaetan Laborde sementara mendahului dengan gol sendiri oleh Loic Bade.

Keputusan di Taman Roazhon itu menjejaskan perancangan Nuno selepas Bergwijn dibelenggu masalah buku lali dalam babak pertama sementara Lucas digantikan sebelum sejam permainan ekoran terjahan keras daripada Tait.

Spurs sudahpun kehilangan Son Heung-min akibat kecederaan yang dialami dalam tugasan antarabangsa minggu lalu dan Eric Dier pula diketepikan, manakala tiga pemain Amerika Selatan -- Cristian Romero, Giovani Lo Celso dan Davinson Sanchez -- masih menjalani kuarantin.

Bakal menjadi tuan rumah kepada pertemuan getir dengan seteru London itu Ahad ini, skuad kendalian Nuno tersebut bertambah pincang.

"Saya harus jujur, ia (situasi) yang dasyat," katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.

"Kami tidak perlu berselindung. Selepas menentang Watford, segalanya tidak begitu memihak kepada kami.

"Tetapi inilah bola sepak. Dan kami sedar ini adalah detik yang perlu kami atasi. Hari ini, kami akan cuba mencari jalan penyelesaian, memikirkan perlawanan Ahad ini. Tetapi ia mengenai usaha mengatasi rintangan. Sudah tentu ia akan menjadikan kami lebih kuat pada masa depan. "

Ditanya sama ada salah satu daripada pasangan itu akan sedia menghadapi The Blues, Nuno berkata: "Masih terlalu awal untuk mengatakannya. Pasukan fisioterapi kami sedang bekerja dengan mereka."



Penyerang utama, Harry Kane, beraksi kurang dari sejam dalam kunjungan ke Rennes itu dan hanya mempunyai satu peluang secara keseluruhan selepas gagal mencipta sebarang percubaan termasuk sentuhan di kotak penalti lawan ketika dibelasah Crystal Palace minggu lalu.

Kane merupakan salah satu antara empat pemain yang mengekalkan tempatnya dalam kekalahan 0-3 di Selhurst Park itu ketika Spurs bergelut dalam perlawanan pembukaan Kumpulan G berkenaan di Roazhon Park.

Tottenham mendahului selepas Bade tertampan umpanan silang Lucas ke gawang sendiri, tetapi Tait melengkapkan gol penyamaan yang mengagumkan apabila melewati halangan Pierluigi Gollini sebelum penjaga gol Spurs tersebut hanya mampu menepis sepakan Kamaldeen Sulemana ke arah Laborde untuk gol kedua Rennes.

Pemain gantian, Hojbjerg, menyelamatkan satu mata buat pelawat dan Nuno gembira dengan penampilan menyeluruh anak buahnya itu untuk kembali ke utara London menjelang perlawanan paling sukar pasukannya dengan pasukannya yang akan menghadapi Vitesse dan kelab Slovenia, Mura, selepas ini

"Kami menjaringkan gol dan kami kehilangan penguasaan perlawanan," katanya lagi.

"Kami berdepan pasukan bagus yang mencetuskan beberapa masalah. Sukar untuk menilai perlawanan ini tetapi saya rasa kami berjaya beraksi dengan baik menentang sebuah pasukan yang sukar.

"Tetapi karakter ditonjolkan kami baik dan dengan ramai pemain tersisih, sukar untuk menilainya dengan tepat."