Liga Negara-Negara: Tewas kepada Itali, England tersingkir daripada Liga A

Ammar Hakim
September 24, 2022 00:17 MYT
The Three Lions tersingkir daripada Liga A saingan Liga Negara-Negara UEFA susulan tewas kepada Itali di San Siro, awal pagi tadi.
Pengendali England, Gareth Southgate, berada di bawah tekanan selepas Three Lions tewas sekali lagi musim dalam saingan UNL.
Finalis Euro 2020 itu berada dalam kedudukan yang tidak diingini, tewas 1-0 kepada Itali dan melewati rentetan keputusan yang mengecewakan susulan mengalami kekalahan 4-0 kepada Hungary dalam aksi terdahulu.
Perlawanan yang kurang menyengat itu akhirnya menghasilkan detik menarik pada minit ke-68, Giacomo Raspadori tenang mengawal bola sebelum melepaskan rembatan mengatasi Nick Pope, yang mengisi kekosongan ditinggalkan Jordan Pickford ekoran kecederaan.
Jaringan tersebut ternyata menjadi pemisah sekaligus menentukan nasib England -- The Three Lions kini gagal merekodkan sebarang kemenangan dalam lima perlawanan saingan tersebut. Mereka bakal berdepan Jerman namun kemenangan tidak cukup untuk menyelamatkan mereka daripada penyingkiran.
#England #Gareth Southgate #Jordan Pickford #Itali #Nick Pope #UNL #Liga Negara-Negara #Giacomo Raspadori #The Three Lions