Liga Negara-Negara: Pertukaran awal Bale sudah dirancang -- Giggs

Shaiful Shamsudin
September 3, 2020 23:18 MYT
FINLAND 0 WALES 1
Penggantian terhadap Gareth Bale selepas babak pertama dalam kemenangan Liga Negara-Negara Eropah ketika Wales mengatasi Finland 1-0 awal pagi sememangnya telah dirancang atas faktor kecergasannya, demikian dedah Ryan Giggs.
Walaupun kelibatnya dibekukan dalam pasukan Real Madrid dalam beberapa bulan terakhir ini, Bale tetap mengetuai negaranya dalam perlawanan pertama Kumpulan 4, Liga B di Helsinki.
Aksi berkaratnya jelas terpapar apabila dia melepaskan percubaan liar ketika memiliki peluang dengan kaki kirinya dalam separuh masa pertama sebelum Bale digantikan oleh pemain tengah Liverpool, Harry Wilson, sejurus rehat.
Bale hanya beraksi selama 100 minit bersama Madrid sejak Februari lalu, justeru pengurus Wales itu menjelaskan bahawa dia mempunyai perancangan terhadap anak buahnya tersebut di Bulgaria kelak.

FT | ?? 0-1 ??????? A fine start for #Cymru in the #NationsLeague. #FINWAL #TogetherStronger pic.twitter.com/4ZssxxffvE

— Wales ??????? (@Cymru) September 3, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ia sudah dirancang," katanya kepada Sky Sports.
"Dia sama sekali jarang beraksi, ini adalah satu tindakan berisiko buat saya dalam pemilihan barisan pemain.
"Gareth telah menikmati perlawanan paling sedikit berbanding yang lain. Jadi kami perlu mempunyai perancangan terhadapnya selama 45 minit atau jika dia berasa baik, sejam.
"Saya fikir ini adalah pendekatan yang terbaik dengan mempertimbangkan perlawanan Ahad ini (awal pagi Isnin) setelah memberikannya kesempatan selama 45 minit sebelum memberi ruang buat Harry yang turut jarang beraksi, hanya diberi kesempatan beberapa minit juga."
Tanpa Bale di padang, Daniel James dan Kieffer Moore saling bergandingan untuk mereka mencatat kemenangan ketika permainan berbaki 10 minit lagi.
#Gareth Bale #Wales #Liga Negara-Negara Eropah