Liga Negara-Negara Eropah: Republik Czech tarik diri kerana COVID-19

Muzaffar Musa
September 5, 2020 01:50 MYT
Republik Czech mengumumkan bahawa mereka tidak akan turun beraksi dalam perlawanan menentang Scotland dalam Liga Negara-Negara Eropah selepas terdapat kes positif COVID-19 dalam pasukan itu.
Skuad kendalian Jaroslav Silhavy itu menewaskan Slovakia 3-1 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan 2 Liga B dan sepatutnya bertemu Scotland di Olomouc Isnin ini.
Dengan Tomas Soucek dan Patrik Schick terpaksa menjalani kuarantin selepas seorang staff pasukan itu diuji positif koronavirus dan Slavia Prague memanggil semula tujuh pemain mereka daripada skuad kebangsaan itu, Republik Czech mengambil pendekatan untuk menarik diri daripada perlawanan berkenaan.
Satu mesej dalam Twitter rasmi skuad kebangsaan Republik Czech tertulis: "Pasukan kebangsaan tidak akan turun dalam perlawanan menentang Scotland, Isnin ini berdasarkan keputusan perwakilan berkenaan situasi semasa COVID-19.
"Pasukan kebangsaan menamatkan persiapan semasa dengan segera setelah meraih kemenangan ke atas Slovakia."
Jika Republik Czech gagal beraksi dalam perlawanan Isnin ini, Scotland, yang terikat 1-1 dengan Israel dalam perlawanan pembukaan, dijangka akan diberikan kemenangan 3-0 secara percuma.

? The national team will not play against Scotland on Monday due to representatives decision and the current situation with the COVID-19. The national team ends current preparations with the immediate effect straight after the win against Slovakia.

— Czech Football Team (@ceskarepre_eng) September 4, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Republik Czech #Liga Negara-Negara Eropah #Slavia Prague