Pertukaran beberapa pemain dalam senarai kesebelasan utama Johor Darul Ta’zim FC ketika bertemu Ratchaburi FC telah memberi nafas baru dan kesegaran pada setiap gerakan serangan JDT.

Ia satu strategi yang menjadi dilakukan Benjamin Mora apabila membawa Safiq Rahim,Akhyar Rashid dan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham yang dapat menggunakan berpengalamannya untuk mengimbangi kekuatan lawan.

Ternyata gandingan Safiq bersama Leandro Velazquez telah membuahkan hasil apabila JDT berjaya menewaskan Ratchaburi FC (1-0) melalui satu jaringan volley yang menarik setelah mendapat umpanan daripada Safiq.





Gandingan ini juga telah mengingatkan kembali bagaimana Johor DT menjulang Piala AFC pada tahun 2015 melalui jaringan tunggal Leandro melalui sepakan sudut Safiq.

Inilah kombinasi dan persefaham yang baik ditunjukan Safiq dan Leandro.






Namun, apa yang lebih menarik kali ini bagaimana permainan yang lebih kemas dan tersusun dimainkan JDT.

Setiap bahagian berfungsi dengan baik dan mengikut perancangan yang di buat Benjamin Mora.
Penguasaan permainan secara keseluruhan membolehkan JDT menguasai permainan sebanyak 52 peratus dan dengan penguasaan itu juga JDT berjaya melakukan rembatan tepat ke arah gol sebanyak tujuh kali.

Penguasaan ketepatan hantaran sebanyak 82 peratus juga memainkan peranan dalam kemenangan JDT kali ini.

Inilah senjata kejayaan JDT semalam apabila berjaya menguasai setiap sudut padang selain berjaya mematikan setiap gerakkan Ratchaburi melalui taktikal disiplin yang baik ketika bertahan.

Selain itu keyakinan secara individu yang diterjemahkan setiap pemain JDT juga membunuh keyakinan pemain Ratchaburi. Lihat sahaja bagaimana skil individu yang tinggi dipamerkan pemain JDT terutama Leandro dan Arif Aiman untuk memberi kemenangan JDT.