Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Anil Jeet Singh, mematuhi janji apabila membuat pengumuman tarikh baru penganjuran Liga Hoki Malaysia (LHM).

Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Jumaat lalu memberikan kelonggaran kepada atlet untuk menjalani latihan berpusat yang bermula hari ini.

Bagaimanapun, seperti yang dikongsi bersama wartawan Astro Arena, Fariha Razak, di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini, penganjur kejohanan itu tidak akan mengambil remeh sekiranya terdapat individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) gelembung sukan yang ditetapkan sepanjang liga berlangsung.

"Kami telah bermesyuarat bersama MSN (Majlis Sukan Negara) termasuk Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, secara atas talian pada 14 dan 16 Februari lalu.

"Kami memutuskan LHM akan berlangsung lebih awal iaitu pada 11 Mac hingga 3 April untuk (kategori) lelaki dan 15 Mac-3 April untuk wanita.

"SOP yang diguna pakai adalah gelembung sukan.

"Tempat seperti hotel atau hotel akan diumumkan kemudian," katanya dalam sidang media.

Posted by Malaysian Hockey Confederation on Tuesday, February 9, 2021


Semua pasukan akan melaporkan diri pada 10 Mac sebelum aksi pertama dengan siri ujian calitan yang ditetapkan.

"Mereka akan menjalani jenis ujian RT-PCR, bukannya RDK.

"Tiga hari sebelum mereka beraksi dalam liga, MSN juga akan mengadakan ujian calitan maka risiko (jangkitan) akan lebih rendah.