Liga Europa: Vardy, Leicester sasar mara jauh

Muzaffar Musa
Oktober 30, 2020 02:23 MYT
Jamie Vardy dan Leicester City percaya mereka mampu "menewaskan sesiapa" dalam saingan Liga Europa dan mahu segera membuktikan perkara itu.
The Foxes meraih kemenangan 1-2 ke atas AEK Athens awal pagi tadi untuk mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus dalam Kumpulan G hasil jaringan penalti Vardy dan penyudah gemilang Hamza Choudhury.
Pada usia 33 tahun dan 292 hari, Vardy menjadi pemain Leicester tertua menjaringkan gol di peringkat Eropah, mengatasi rakan sepasukannya, Wes Morgan, dengan hari lebih tua 240 hari.
Penyerang Leicester itu, yang jaringannya hasil daripada dua percubaan tepat yang dilakukannya, turut mencetuskan beberapa peluang buat pasukannya dan berasakan mereka perlu diberikan tumpuan dalam kejohanan itu.
"Kami percaya kami boleh mara jauh dalam kejohanan ini," kata Vardy selepas kemenangan di Greece itu.
"Kami mahu meneruskannya. Kami memberikan 100 peratus dalam setiap perlawanan. Pada hari terbaik, kami mampu menumpaskan sesiapa, jadi kami mahu melakukannya.
"Kami bukan skuad terbesar tetapi kami mengumpulkan kemenangan dan bermain baik.
"Kami mengekalkan keakraban bersama dan ia dapat dilihat dalam perlawanan seperti ini.
"Saya fikir kami beraksi lebih baik dalam babak pertama. Mereka dapat menjaringkan gol dan mula memberikan kami tekanan tetapi kami dapat mengatasinya dan bertahan dengan amat baik," katanya.

4 & 5 - Jamie Vardy has both won (4) and scored (5) more penalties in all competitions than any other player for a top five European league side this season. Party. #UEL

— OptaJoe (@OptaJoe) October 29, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pengurus Leicester, Brendan Rodgers, memuji perwatakan yang dipamerkan pemainnya dalam memastikan kemenangan selepas AEK memberikan respons melalui gol Muamer Tankovic pada awal babak kedua.
"Saya fikir ia adalah mentaliti dan usaha yang hebat daripada pasukan," kata Rodgers, yang pasukannya mengekang tuan rumah sehingga hanya dapat melakukan tiga percubaan tepat.
"Mereka kekurangan sedikit momentum dalam babak kedua -- kami perlu memecahkan pertahanan dan terus bertahan -- dan saya fikir kami melakukannya dengan baik.
"Kemudian ia hanya tentang menjadi profesional. Bermain di tempat lawan di Eropah, ia sentiasa sukar tetapi saya fikir kami menamatkan perlawanan dengan amat baik," katanya.
Ia merupakan kemenangan pertama di laman lawan buat Leicester dalam saingan Liga Europa atau Piala UEFA selepas tewas dalam perlawanan timbal balik pusingan pertama di gelanggang lawan menentang Atletico Madrid musim 1997-98 dan kepada Red Star Belgrade musim 2000-01.
#Leicester City #Brendan Rodgers #AEK Athens #Jamie Vardy #Liga Europa