Liga Europa: Nuno mahu kuatkan pasukan selepas Wolves tersingkir

Muzaffar Musa
Ogos 12, 2020 02:54 MYT
Nuno Esprito Santo berharap untuk melakukan beberapa pembelian dalam jendela perpindahan kali ini selepas Wolves tersingkir daripada saingan Liga Europa awal pagi tadi.
Pasukan Liga Perdana Inggeris itu tewas 0-1 kepada Sevilla dalam perlawanan suku akhir di Arena MSV menerusi jaringan tunggal Lucas Ocampos pada minit ke-88.
Wolves, yang menamatkan Liga Perdana Inggeris musim ini di tempat ketujuh, memperoleh sepakan penalti pada awal permainan tetapi tendangan Raul Jimenez diselamatkan penjaga gol lawan.
ketua jurulatih Wolves, Nuno, berkata bahawa dia mahu memperkuatkan pasukan itu menjelang kempen musim 2020-21.
"Kini tugas saya adalah untuk mengusahakannya. Ini masanya untuk melihat semula dan mengkaji," katanya dalam sidang media.
"Jika anda melihat kepada pasukan kami yang memulakan perlawanan hari ini, ia masih sama seperti musim pertama saya.
"Kami melakukan kesilapan dan tidak boleh mengulanginya.
"Kami memerlukan pemain yang boleh menjadikan kami lebih kuat. Tidak syak lagi," katanya.

The season is over but the dream continues... ? pic.twitter.com/z0pk3sRwCm

— Wolves (@Wolves) August 11, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Nuno menambah: "Ia bukan mengenai permintaan. Kami tidak beroperasi seperti itu. Kami beroperasi dengan menggunakan akal, kami beroperasi berdasarkan dialog dan itulah yang akan kami lakukan sekarang.
"Yang pertama, ayuh bersiap untuk waktu rehat. Kemudian kami akan melihat mengenai masa depan dan apa yang kami perlukan.
"Kelab ini amat luar biasa. Musim pertama dalam Liga Kejuaraan amat sukar. Musim kedua pula kami menghadapinya bersama-sama.
"Ia bukan mengenai permintaan, ia berkenaan membuat keputusan yang tepat dan boleh membantu kami dan membuatkan kami lebih kuat untuk mengelakkan kesilapan," katanya.
#Wolves #Liga Perdana Inggeris #Liga Europa #Nuno Esprito Santo