Liga Europa: Barisan terkuat Leicester gagal bawa balik bekalan

Shaiful Shamsudin
Februari 19, 2021 03:10 MYT
SLAVIA PRAGUE 0 LEICESTER 0
Leicester City buntu tanpa jaringan dengan Slavia Prague dalam aksi pertama pusingan 32 Liga Europa di Stadium Sinobo, awal pagi tadi.
Skuad kendalian Brendan Rodgers itu menurunkan barisan terkuat untuk menentang pendahulu Liga Utama Czech berkenaan tetapi buat kali kedua mereka gagal mengukir kemenangan dalam lapan perlawanan di pentas Eropah.
The Foxes mendominasi awal permainan dengan Harvey Barnes dua kali hampir membuat sentuhan pemusnah tetapi pasukan bimbingan Jindrich Trpisovsky itu meningkatkan aksi selepas rehat dan memberi saingan hebat kepada pencabar Liga Perdana Inggeris (EPL) terbabit.
Walaupun keputusan itu menamatkan lima rentetan perlawanan tanpa kalah mereka, Rodgers pastinya berharap penampilan yang lebih baik daripada pasukannya dalam perlawanan kedua di Stadium King Power minggu depan.

The end of the first leg.#UEL #SvpLei

— Leicester City (@LCFC) February 18, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Leicester City #Liga Europa