Antonio Conte memperoleh kemenangan pertama sebagai pengurus Tottenham ketika Spurs bergaya mengatasi Vitesse 3-2 dalam aksi Liga Europa Conference yang menyaksikan tiga layangan kad merah.

Permulaan langkah kanan selepas pemecatan Nuno Espirito Santo bagi Spurs, dengan Son Heung-min, Lucas Moura dan jaringan sendiri Jacob Rasmussen membenarkan mereka mengawal permainan hanya selepas 28 minit.

Bagaimanapun, Rasmussen menebus kesilapannya dan Matus Bero membenarkan Vitesse kembali merapatkan kedudukan mengejar perlawanan sebelum tamat separuh masa.

Cristian Romero diarah keluar padang ketika perlawanan berbaki 30 minit meningkatkan tekanan buat skuad kendalian Conte, namun Danilo Doekhi dan Markus Schubert turut menerima hukuman sama pada baki 10 minit sekaligus meleburkan peluang Vitesse untuk bangkit.

Ben Davies bernasib baik tidak memberikan penalti kepada lawan apabila menjatuhkan Nikolai Frederiksen dalam masa kecederaan.