Semenjak Perintah Kawalan Pergerakkan dilaksanakan pada 13 Mac 2020 akibat dari pandemik COVID-19 segala aktiviti sukan di semua peringkat tidak dapat dilakukan dan sudah tentu ia membimbangkan ramai pihak terutama tentang pembangunan sukan di peringkat akar umbi termasuklah pembangunan bola sepak. Namun kini segala-segalanya sudah berubah apabila kerajaan memberi kelonggaran pada negeri-negeri yang telah memasuki Fasa 4 yang mana aktiviti sukan telah dibenarkan namun perlu mengikut prosedur yang ditetapkan mengikut gelembung sukan.

Ini termasuklah Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) yang telah kembali aktif di semua negeri. Ia sudah tentu melegakan ramai pihak terutama ibu bapa yang ingin melihat anak-anak mereka aktif bersukan terutama bermain bola sepak. Dengan situasi itu juga pihak pengurusan NFDP mengambil inisiatif menganjur pertandingan peringkat Akademi Tunas (AT) di seluruh negara. Di mana 52 Akademi Tunas terlibat dalam pertandingan itu dan seramai 2,496 pelatih dan 312 jurulatih sama-sama memeriahkan LAT itu. Setiap peserta juga diwajibkan menjalani swab test untuk memastikan peserta selamat dari COVID-19.

Ia merupakan satu usaha yang baik dan murni dilakukan pengurusan NFDP bagi meneruskan kesinambungan membangunkan sukan bola sepak negara selain itu membantu pelatih-pelatih terus aktif menggekalkan kecerdasan fizikal dan minda mereka. Selain itu Kejohanan ini amat penting bagi pelatih-pelatih untuk mendapatkan minit permainan selain memberi pendedahan kepada pelatih-pelatih. Ini boleh di lihat ketika Liga Akademi Tunas Kuala Lumpur dijalankan di mana pelatih-pelatih AT Wangsa Maju, AT Putrajaya, AT Bandar Tun Razak dan AT Sentul begitu gembira dapat beraksi bersama.

Melalui kejohanan ini juga Kementerian Pendidikqn Malaysia (KPM) boleh menjadikan satu panduan bagaimana untuk mengaktifkan kembali aktiviti sukan di sekolah-sekolah memandangkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membenarkan aktiviti sukan dijalankan. Sekiranya KPM berjaya melaksanakanya sudah tentu ia akan memeriahkan kembali aktivit bola sepak dan sukan-sukan lain di peringkat akar umbi kerana anak-anak di sekolah itu adalah merupakan masa depan sukan negara. Terima kasih diucapkan pada kerajaan Malaysia yang membenarkan aktiviti sukan diakifkan kembali begitu juga pada pengurusan NFDP dan Majlis Sukan Negara (MSN) yang mengambil inisiatif sendiri untuk menggerakan pembagunan sukan tanah air.