Perlawanan pembuka tirai Liga Hoki Wanita Malaysia (LHWM) menyaksikan UniKL Ladies mengeluarkan taring awal apabila mudah menjinakkan Mutiara Juniors 17-0, petang tadi.

Pendahuluan 2-0 menerusi pukulan sudut penalti seawal minit ke-5 daripada Nuraini Abd Rashid, yang melengkapkan hatriknya pada minit ke- 56, melonjakkan keyakinan pasukan yang dibarisi tujuh pemain kebangsaan selain beberapa bekas pemain negara itu di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, hari ini.

Anak buah Roslan Jamaluddin itu tampil lebih menyengat dalam babak kedua apabila merekodkan 11 gol yang menyaksikan Hanis Nadiah Onn, Tuan Nur Hidayah Tuan Ismail, Nur Afiqah Syahzani Azhar meledak dua gol.

Posted by Malaysian Hockey Confederation on Monday, March 15, 2021


Sebentar tadi, dua lagi pencabar utama, PDRM Blue Warriors 1-1 PKS Uniten-KPT, terbukti sama handal.

PKS-Uniten dipaksa bangkit dua kali dalam setiap separuh masa selepas Fatin Shafika Mohd Sukri memecah kebuntuan sebelum Nuraslinda Said mengikat kedudukan -- juga melalui gol padang.

Ketika permainan berbaki 10 minit, Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad, memastikan PKS-United mengelak kekalahan dengan membatalkan pendahuluan 2-1 PDRM selepas Nur Syafiqah Mohd Zain berjaya menggegar gawang dalam situasi pukulan sudut penalti.

Sementara itu, Sabah mengejutkan Young Tigress 2-1.