Juara bertahan, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Thunderbolt antara pasukan yang tidak dapat memberi pengesahan untuk menyertai Liga Hoki Remaja (LHR), bermula 11 Disember depan.

Malah, Pengurus Kejurulatihan TNB Thunderbolt, Nor Saiful Zaini, menegaskan lima pasukan dibawah program itu perlu menunggu lampu hijau Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengibar cabaran.

KPM belum memberi kebenaran untuk pelajar menyertai LHR ekoran kebimbangan jangkitan COVID-19.

"Nampak macam akan masuk, tapi kami perlu tunggu kata putus daripada pengetua terlebih dahulu.

Realitinya, ada pasukan sudah menjalankan persiapan apatah lagi Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) akan tetap menganjurkan saingan berusia 21 tahun dan ke bawah dengan kebenaran ibu bapa pelajar.

"Kami sedia terima sebarang keputusan dan prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditetapkan kelak."