Terengganu Hockey Team (THT) melepasi ranjau apabila dipaksa bangkit dua kali sebelum menjinakkan Maybank 4-2 di Stadium Hoki Nasional, sebentar tadi.

Ismail Abu dan Mohamad Akhimullah Anuar Esook memainkan watak utama apabila masing-masing mencetak dua jaringan untuk menjulang kemenangan THT dalam aksi mendebarkan Liga Hoki Malaysia (LHM) itu bagi memadam kelebihan awal lawan menerusi penyudah tajam Najmi Farizal.



Posted by Malaysian Hockey Confederation on Thursday, March 18, 2021


Bagaimanapun, kemenangan bergaya 5-0 TNB ke atas Sabah memastikan skuad kendalian Nor Azlan Bakar itu melonjak ke puncak LHM selepas empat perlawanan untuk berkongsi kedudukan pendahulu dengan UniKL.

UniKL meneruskan usaha mempertahankan gelaran liga apabila turut mengutip tiga mata untuk mengumpul 10 mata dengan tidak memberi muka kepada Nur Insafi menerusi kejayaan 11-0.

TNB Thunderbolts pula terpaksa akur apabila tewas tipis 2-3 kepada UiTM HA yang mengutip kemenangan kedua kempen ini sebelum aksi bersambung Ahad ini.