Presiden Hoki Sabah (PHS), Datuk Seri Anil Jeet Singh, masih belum bersedia untuk mengumumkan calon akhir yang akan mengemudikan jawatan ketua jurulatih bagi pasukan Negeri Bawah Bayu itu untuk saingan liga musim ini.

Bagaimanapun, difahamkan calon berkenaan merupakan bekas pemain hoki negara yang telah berjaya melepasi tapisan akhir dengan mengetepikan dua lagi calon yang turut berada dalam radar PHS.

"Pasukan saya terdiri daripada pemain-pemain yang berlainan tempat.

"Ada yang dari Keningau dan Tawau misalnya.


Sedang Berlangsung : Mesyuarat JK Tertinggi Persatuan Hoki Sabah Bil 1/2021.

Posted by Persatuan Hoki Sabah on Friday, February 19, 2021



"Memandangkan perjalanan daerah Sabah ini besar jadi ambil masa sedikit.

"Esok saya akan mengumumkannya," katanya ketika dihubungi wartawan Astro Arena, Adam Zamri, hari ini.

Sabah sebelum ini dikendalikan oleh I. Vickneswaran sebelum jurulatih itu mengumumkan peletakan jawatannya 14 Februari lalu untuk menumpukan fokus sebagai pemangku Presiden Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA).