Robert Lewandowski mahu "mencipta sejarahnya yang tersendiri" walaupun berbesar hati dibandingkan dengan legenda Bayern Munich, Gerd Muller.

Ketua Pegawai Eksekutif Bayern, Karl-Heinz Rummenigge, mengakui persamaan dengan Muller -- pemegang rekod penjaring terbanyak kelab -- dan percaya Lewandowski akan kesudahannya meraih penghormatan yang sama.

Bagaimanapun, pemain kebangsaan Poland itu mahu mencipta sejarahnya sendiri untuk gergasi Jerman itu.

"Sukar untuk membuat perbandingan dengan pemain yang telah beraksi 20 atau 30 tahun yang lalu," kata Lewandowski.

"Saya gembira kerana seiring dengan Gerd Mulle, tetapi saya mahu mencipta sejarah yang tersendiri bersama Bayern."

Lewandowski kini telah meledak 19 gol bagi membantu Bayern mengungguli takhta liga dengan kelebihan lima mata ke atas pencabar terdekat, RB Leipzig.