BAYERN MUNICH 6 BORUSSIA MOCHENGLADBACH 0

Thomas Muller bergurau dengan melabel Robert Lewandowski bukan manusia normal selepas bintang Bayern Munich itu meledak hatrik, awal pagi tadi, untuk menghampiri rekod Bundesliga.


Bayern dinobatkan juara liga malam tadi tanpa sempat mengerah kudrat berikutan kemenangan dramatik 3-2 Borussia Dortmund ke atas RB Leipzig, malam tadi.

Pasukan bimbingan Hansi Flick itu meraikan kejayaan mereka dengan membelasah Borussia Monchengladbach 6-0 di Allianz Arena bagi meraih gelaran kesembilan berturut-turut berkenaan dengan sensasi.

Lewandowski langsung tidak memberi muka kepada lawan dengan merakamkan hatrik untuk mencetak gol liga ke-39 musim ini -- semakin hampir meletakkannya setanding Gerd Muller yang melakar 40 jaringan pada 1971-72.

Dengan baki dua perlawanan iaitu menentang Freiburg dan Augsburg, Lewandowski pastinya berhajat untuk mengukir namanya dan dalam masa sama, rakan sepasukannya terbabit melahirkan kekagumannya.

"Saya harus mengatakan bahawa sebagai sebuah pasukan kami sedaya upaya akan membantunya. Tetapi jumlah jaringannya juga adalah tidak normal," seloroh Muller.



Muller kini mengumpul 10 gelaran Bundesliga biarpun mengakui perjuangan musim ini tidak semestinya berjalan lancar. Malah, rakan sepasukan seangkatan dengannya; Jerome Boateng, Javi Martinez dan David Alaba, termasuk Flick akan angkat kaki pada akhir kempen ini.

"Saya harus mengatakan bahawa perlawanan lebih mirip kepada perlawanan merebut kejuaraan daripada kejohanan yang sebenarnya," katanya lagi.

"Ini adalah satu perlawanan yang mantap. Kami menguasai dari awal hingga akhir permainan. Terima kasih atas segala emosi dan perasaan gembira ini, kami sedar bahawa kami telah mengesahkan kejuaraan ini sebelum sepak mula.

"Jika anda melihatnya dalam gambaran besar, dua minggu terakhir ini sangat sulit untuk kami. Selepas berbincang dengan rakan-rakan, penyingkiran dalam Liga Juara-Juara (UCL) amat memeritkan.

"Kami rasa seperti mampu mencapai sesuatu dalam UCL musim ini kerana kami mampu melakukannya dalam dua minggu terakhir. Kami menarik nafas lega.

"Kancah ini tidak bersifat peribadi. Tetapi kami sentiasa berusaha untuk mewujudkan kemesraan hingga hujung musim dan pada hari ini yang kami memperolehnya.

"Jerome, David, Javi, dan pengurus juga akan pergi. Saya tahu Hansi tidak lama di sini tetapi tiga yang lain adalah rakan sepasukan saya hampir sedekad jadi mereka selalu ada ketika kami memenangi kejuaraan selama sembilan kali berturut-turut.

Namun, mengenai Lewandowski, Muller menambah: "Saya tidak tahu berapa banyak hatrik dan jaringan berganda sudah dilakukannya. Ia seperti matematik!"

Ia terbukti menjadi detik pahit buat Flick yang memasuki dua perlawanan terakhir dalam jangka masa pendek tetapi sangat berjaya di mana Bayern dengan memenangi tujuh trofi.

"Hebatnya pencapaian pasukan ini," katanya.

"Anda boleh mengesan bahawa kami sudah bersedia. Itulah mentaliti pasukan ini. Rentak hari ini membuktikan kami memang layak menjadi juara."