Leno terlepas kecederaan parah

Shaiful Shamsudin
Jun 24, 2020 04:15 MYT
Jangkaan awal betapa seriusnya kecederaan Bernd Leno meleset sambil Arsenal mendedahkan perlu menangani kecederaan penyerang, Gabriel Martinelli.
Penjaga gol, Leno, tampak mengalami kecederaan parah selepas dia terpaksa diusung keluar dalam kekalahan 1-2 kepada Brighton & Hove Albion Sabtu lalu susulan pertembungan dengan Neal Maupay.
Namun, The Gunners mengumumkan bahawa pemain dari Jerman itu hanya mengalami kecederaan sederhana di ligamen lutut kanannya dan dia dijangka kembali menjalani latihan dalam empat hingga enam mingg lagi.
Pengurus kelab London utara itu, Mikel Arteta, memberitahu sidang media: "Kami mulanya fikir ia akan menjadi kecederaan yang lebih serius.
"Kami masih belum mengetahui sejauh manakah tahap kecederaannya tetapi kami sekurang-kurangnya tahu ligamen lututnya tidak koyak. Itulah yang amat kami takuti pada awalnya."

Thank you for your support and getting well wishes. I’m going to work hard to come back on the pitch as soon as possible ??? #COYG pic.twitter.com/fwGFM8mo4W

— Bernd Leno (@Bernd_Leno) June 23, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Granit Xhaka (pergelangan kaki) dan Sokratis Papastathopoulos (paha) kedua-duanya kembali menjalani latihan penuh tetapi pengurus dari Sepanyol itu belum pasti sama ada mereka akan bersedia untuk kunjungan ke Southampton.