Impian RB Leipzig untuk mengikat Hakan Calhanoglu tidak kesampaian selepas jurulatih dan Pengarah Sukan Kelab, Ralf Rangnick, memberitahu perjanjian itu sebagai "mustahil atas faktor kewangan".

Laporan di Itali mendedahkan Leipzig telah mencapai persetujuan bernilai €20 juta (RM93.7j) untuk membawa Calhanoglu kembali ke Bundesliga daripada AC Milan.

Bagaimanapun, Rangnick mengakhiri spekulasi tersebut dengan memberitahu pemberita: "Kesepakatan itu tidak mungkin berlaku atas faktor kewangan.

"Kami amat mengenali kemampuannya memandangkan dia pernah beraksi dalam Bundesliga, namun dia merupakan pemain Milan.

"Kami sudah tahu harganya, jadi mustahil bagi kami untuk meneruskan usaha itu daripada segi kewangan."

Calhanoglu sebelum ini menikmati karier di Jerman ketika mewakili Hamburg dan Bayer Leverkusen sebelum berpindah ke San Siro pada 2017.

Pemain antarabangsa Turki tersebut sekadar menyumbang satu gol untuk pasukan kendalian Gennaro Gattuso itu musim ini.