LEICESTER 3 LIVERPOOL 1


Leicester City tiga kali menggegar jaring dalam tempoh tujuh minit untuk menumbangkan juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool, 1-3 dalam perlawanan ke-300 kendalian Jurgen Klopp.


Penyudah Mohamed Salah memberikan pelawat jaringan pendahuluan pada minit ke-67 di Stadium King Power itu sebentar tadi, sebelum rebah buat kali ketiga berturut-turut.

Pemain tengah The Foxes, James Maddison, licik menyamakan kedudukan menerusi sepakan
percuma dari sudut sukar sungguhpun cemas dibatalkan akibat ofsaid sebelum disahkan oleh video bantuan pengadil (VAR).



Allison Becker -- yang melakukan dua kesilapan yang menghadiahkan Manchester City dua gol dalam kekalahan 1-4 awal minggu ini -- sekali lagi dihantui kepincangan di bahagian pertahanan.

Penjaga gol Brazil itu, yang menjadi pilihan ramai atas ketangkasannya musim lalu, meluru terlalu awal dari luar kotak penaltinya sebelum berlaga dengan pertahanan baru, Ozan Kabak, sekali gus memberi ruang kepada Jamie Vardy untuk menjaringkan gol pertamanya pada tahun ini.

Dengan Liverpool masih masih lagi tersentak, Harvey Barnes memastikan kemenangan sulung Brendan Rodgers ke atas bekas majikannya itu sejak meninggalkan Anfield dan digantikan dengan pengurus kelahiran Jerman berkenaan untuk mengisi kedudukan kedua hasil enam mata di atas seteru tersebut.