Leicester City intai sejarah baru ke final Piala FA Inggeris

Shaiful Shamsudin
April 18, 2021 22:03 MYT
LEICESTER 1 SOUTHAMPTON 0
Brendan Rodgers berharap dapat memahat namanya dalam kisah rakyat Leicester City dengan membimbing mereka meraih kejayaan FA dalam final Piala FA menentang Chelsea, bulan depan.
Leicester mengetepikan wakil Liga Perdana Inggeris (EPL), Southampton, 1-0 di Wembley, sebentar tadi, menerusi sentuhan pemusnah Kelechi Iheanacho untuk mara ke perlawanan akhir buat kali pertama sejak 1969.
The Foxes dinobatkan sebagai juara Inggeris pada 2015-16 tetapi belum pernah menjulang Piala FA, sebaliknya muncul naib juara.
Rodgers ingin menamatkan penantian mereka selain berusaha mengimbangi prestasi itu dengan mengesahkan kedudukan empat teratas sepanjang baki musim ini.
"Kami berpeluang mencatat sejarah. Itulah mengenai perlawanan ini, ia menciptakan kenangan indah," katanya kepada BBC Sport.
"Saya telah diberitahu sejak mula saya di Leicester bahawa betapa pentingnya piala ini buat penyokong. Ketika kami tiba di sini, itulah cita-citanya.
"Kami mengatakan bahawa kami mahu memberikan saingan hebat. Dalam perspektif bola sepak, kami ingin bersaing dan kami berjaya melakukannya. Kini kami benar-benar dapat memburu trofi."
"Apabila gagal, ia adalah bahagian penting untuk berjaya. Kami tersingkir tahun lalu, jadi kali ini satu penghargaan yang besar buat pemain."

Save the date ?️? pic.twitter.com/pHRJeERhMV

— Leicester City (@LCFC) April 18, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kemenangan itu adalah kemaraan pertama buat Leicester di Wembley sejak final Piala Liga Inggeris (EFL) 2000 dengan Iheanacho sekali lagi menjadi diangkat selaku wira perlawanan.
Dia turut meledak gol dalam pusingan ketiga untuk mengumpul 14 gol dalam 19 penampilan sejak kemunculan pertamanya pada Januari 2016.
Justeru, penggempur Nigeria itu berikrar untuk terus bekerja keras bagi meningkatkan prestasinya.
"Saya gembira dengan corak permainan kami dan terus bersatu hingga tamat permainan. Saya berada di tempat dan masa yang tepat. Kami berada dalam final jadi kami saya gembira," katanya.

52 - Leicester City have reached their first FA Cup final since 1969, a gap of 52 years, the longest between finals since Portsmouth went 69 and Cardiff went 81 between finals before facing one another in 2008. Relief. #EmiratesFACup pic.twitter.com/jlY7AitL4E

— OptaJoe (@OptaJoe) April 18, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Chelsea #Leicester City #Brendan Rodgers #EPL #. #Piala FA Inggeris