LEICESTER 2 TOTTENHAM 3
Leicester City hanya mengalami kekalahan lewat ketika menentang Tottenham sambil Brendan Rodgers menyalahkan pasukannya sendiri kerana menghadiahkan tiga mata kepada pihak lawan.
Gol daripada Patson Daka dan James Maddison meletakkan tuan rumah itu mendahului dalam setiap babak -- di antara gol ke-250 Harry Kane buat kelab London berkenaan-- untuk Leicester meniti landasan kemenangan dalam pertembungan di Stadium King Power, awal pagi tadi.
Bagaimanapun, Steven Bergwijn menyamakan kedudukan pada minit ke-95 disusuli gol kedua dramatik 79 saat kemudian selepas Youri Tielemans kehilangan penguasaan bola yang berpunca daripada sepak mula.
Kemenangan Spurs itu hadir walaupun sentiasa ketinggalan sepanjang 94 minit dan 52 saat.
Rodgers mengkritik pemainnya kerana gagal meraih kemenangan berturut-turut buat julung kalinya sejak Oktober lalu biarpun sudah begitu hampir.
"Ia adalah tugas sepanjang 93 minit yang sangat baik. Kami mempamerkan daya tahan yang baik di bahagian pertahanan. Gol yang kami jaringkan juga adalah hebat," kata pengurus itu kepada BT Sport.
"Untuk melepaskan gol penyamaan adalah mengecewakan kerana ia berlaku begitu lewat, tetapi jaringan kemenangan itu sangat buruk untuk dibolosi. Memang perit untuk ditelan bahawa kami berakhir dengan tangan kosong.
"Ia tentang menguruskan permainan. Pada asasnya, kami terlepas detik penting yang membawa kepada gol kedua dan gol ketiga, Youri sedar dia tidak sepatutnya melakukan hantaran seperti itu, dia benar-benar naif.
"Ia adalah satu peluang yang hebat tetapi anda perlu melihatnya dengan teliti. Saya tidak fikir Tottenham memenangi perlawanan ini, sebaliknya kami yang menghadiahkan mereka tiga mata.
"Ini sesuatu yang amat mengecewakan tetapi kami perlu kembali ke padang latihan sebagai persediaan untuk menghadapi aksi hujung minggu ini."
Leicester akan melayani kunjungan pasukan di tangga kesembilan, Brighton & Hove Albion, yang mendahului mereka dengan empat mata pada Ahad ini.
Shaiful Shamsudin
Thu Jan 20 2022


Simeone: This season a 'wake-up call' for Atletico Madrid
Atletico Madrid ended their LaLiga season with a 2-1 win away to Real Sociedad on Sunday, finishing ahead of Sevilla in third place.

US PGA Championship: Mito Pereira says he felt the pressure during 18th-hole collapse
Chile's Mito Pereira said he could not think straight as he tried to seal his debut PGA Tour win at the US PGA Championship.

US PGA Championship: Two-time champion Justin Thomas breaks down 'very special' and 'bizarre' final round
Justin Thomas admitted he did not look at the scoreboard on Sunday after coming in eight strokes off the lead, before winning in a playoff.

Xavi: Barcelona must be 'humble' to improve in off-season
Barcelona have finished the season 13 points off Real Madrid in LaLiga and without a trophy after Sunday's 2-0 loss at home to Villarreal.

US PGA Championship: Justin Thomas wins after playoff against Will Zalatoris
Justin Thomas trailed Mito Pereira by eight strokes heading into Sunday's final round, but he left with his second Wanamaker Trophy.

Zlatan Ibrahimovic dedicates Milan's Scudetto to Raiola as Swedish star defies doubters
Zlatan Ibrahimovic's long-time agent Mino Raiola died last month, and the striker found it poignant to be celebrating a title without him.

Cagliari suffer Serie A relegation as Salernitana survive for first time despite Udinese thrashing
Salernitana escaped dropping down to Serie B despite a comprehensive defeat against Udinese, as Cagliari were relegated on Sunday.

Neville and Keane left furious after spate of pitch-invasion violence
Gary Neville and Roy Keane were left furious after Manchester City fans invaded the pitch at full time, with some attacking Robin Olsen.

Outrageous rabona strike among five for Balotelli in historic final-day display
Mario Balotelli boosted his seasonal Super Lig total on the final day with five against Goztepe, a first for an Adana Demirspor player.

Ten Hag straight down to work at Man Utd as club confirm Monday unveiling
Erik ten Hag watched Manchester United's dismal season end with defeat to Crystal Palace, and he will face the media on Monday.