Leeds United kembali ke EPL selepas 16 tahun

Muzaffar Musa
Julai 18, 2020 00:35 MYT
Leeds United akan kembali ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas 16 tahun.
Pasukan di tangga kedua Liga Kejuaraan, West Brom, tewas 1-2 kepada Huddersfield Town awal pagi tadi, sekali gus memastikan skuad kendalian Marcelo Biesla itu akan beraksi dalam liga divisyen utama -- buat kali pertama sejak 2004 -- musim depan.
The Baggies sudah tidak mampu mengejar Leeds, yang hanya memerlukan satu mata dalam baki perlawanan menentang Derby County dan Charlton Athletic untuk mengesahkan kejuaraan.
Leeds tewas kepada Derby dalam separuh akhir playoff musim lalu tetapi mereka akan bertandang ke Pride Park hujung minggu ini selaku pasukan yang sudah layak ke EPL musim depan.
Kekalahan West Brom kepada The Terriers menyaksikan Brentford masih berpeluang merampas kedudukan kedua jika mereka tidak tewas kepada Stoke City, Sabtu ini.
Jika skuad The Bees itu keciciran mata, Leeds sah akan melangkah ke EPL selaku juara Liga Kejuaraan.

? @LUFC: Back in the Premier League ? pic.twitter.com/Lhvbiq4vJd

— Premier League (@premierleague) July 17, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Leeds United #West Bromwich Albion #Liga Perdana Inggeris #Liga Kejuaraan Inggeris