Pemain tengah Sri Pahang FC, Lee Tuck, enggan campur tangan dengan keputusan pihak pengurusan merehatkan jurulatih, Thomas Dooley, sebaliknya hanya fokus tugas sebagai pemain.

Ia penting bagi dia memastikan skuad Tok Gajah kembali bangkit di bawah bimbingan Dollah Salleh.

"Beliau cukup masak dengan bola sepak Malaysia, pemain Pahang.

"Semua pemain mendengar arahannya dan sedia memberi komitmen terhadap falsafah baru (taktikal Dollah)," katanya ketika diwawancara maya wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.


? KEDUDUKAN LIGA SUPER - LS3 #LigaSuper2021

Posted by Malaysian Football League on Sunday, March 14, 2021


Sri Pahang membuat keputusan mengejut apabila merehatkan Dooley bersama penolong jurulatih, Christopher Gamel, yang baru mengharungi dua perlawanan Liga Super musim ini.

Ia gara-gara pasukan Pantai Timur itu mengalami dua kekalahan berturut-turut dan kelibat bekas jurulatih Filipina itu tidak kelihatan ketika aksi menentang Melaka United di tempat lawan, kelmarin.

Dia berdepan situasi berbeza berbanding sebelum ini apabila mengharungi musim cemerlang bersama Terengganu FC hingga kelibatnya sentiasa digeruni lawan.

"Kami tidak panik. (Prestasi kami) memang ada pasang surutnya tetapi akan berikrar untuk bangkit.

"Saya yakin dengan diri sendiri dan perlu positif.

"Kami berdepan kesukaran tetapi semuanya mampu diatasi sepanjang musim ini."

Antara 3 jurulatih ni, memang Thomas Dooley adalah yang terpantas untuk direhatkan, pada 2018 Sathit Bensoh direhatkan lepas 3 perlawanan sementara Ahmad Yusof pula selepas 5 game, what say you guys?

Posted by Astro Arena on Monday, March 15, 2021