Lazio pertimbang tawaran untuk Milinkovic-Savic

Shaiful Shamsudin
Jun 3, 2020 01:31 MYT
Lazio sedia mendengar sebarang tawaran ke atas pemain tengah, Sergej Milinkovic-Savic, sebaik pasaran perpindahan dibuka.
Bagaimanapun, Pengarah Sukan Lazio, Igli Tare, menjelaskan harganya tidak akan jatuh di sebalik wabak COVID-19.
Bintang antarabangsa Serbia itu hangat dikaitkan dengan Manchester United dan Paris Saint-Germain (PSG) di samping pesaing Serie A, Inter dan Juventus.
Lazio pernah menyatakan nilai pemain berusia 25 tahun itu berada di. akan berharga sekitar €100 juta (RM476.4j ), namun Tare tidak menganggap pandemik yang melanda akan memberi implikasi terhadap pasaran untuk pemain utama sepertinya.
"Kami pastinya tidak perlu menjualnya sekarang," katanya kepada Sky Sport Italia.
"Saya rasa banyak yang akan berubah dalam pasaran perpindahan kerana pandemik ini merupakan kejadian sekali seumur hidup yang mengubah segalanya. Jadi kami harus kreatif tetapi kami mempunyai perancangan yang jelas untuk ketika ini dan masa depan.
"Saya rasa harga pemain elit tidak akan turun, sebaliknya ia akan melibat pemain kelas pertengahan dan rendah. Pasti akan ada budaya penurunan harga.
"Mengenai Milinkovic-Savic, kami termasuk kota ini mempunyai ikatan yang sangat kuat dengannya yang telah berkembang selama bertahun-tahun.
"Sebaliknya, berdasarkan situasi semasa dan keinginannya termasuk perbincangan kami, setiap situasi akan dinilai pada waktu yang tepat tanpa tekanan demi kebaikan kedua-dua belah pihak.
"Jika ada harga yang memuaskan buat kelab dan pemain, ia akan dipertimbangkan. Sekiranya tiada, maka dia gembira dan kami juga sangat gembira kalau dia kekal."
Serie A akan bersambung semula 20 Jun ini yang menyaksikan kelab Kota Rom itu hanya dipisahkan satu mata dengan pendahulu, Juventus, dengan baki 12 perlawanan lagi.
#Lazio #Serie A #Sergej Milinkovic-Savic