Didier Deschamps memberitahu kepada pemain Perancis supaya menamatkan tahun 2021 dengan cemerlang sekaligus menempah slot ke Piala Dunia 2022.

Selepas gagal beraksi cemerlang dalam Euro 2020, di mana mereka tersingkir di pusingan kedua oleh Switzerland, ia telah diperbaiki bulan lalu dengan Les Bleus memenangi Liga Negara-Negara UEFA.

Kini mereka boleh memastikan kembali ke peringkat terbesar menjelang perlawanan antarabangsa terakhir tahun ini semakin hampir. Perancis bakal menerima kunjungan Kazakhstan di laman sendiri 13 November ini sebelum ke Finland tiga hari kemudian. Jika mereka menewaskan Kazakhstan, tempat mereka ke pusingan akhir Piala Dunia tahun depan dapst dilengkapkan.

Deschamps mahu memastikan mereka dapat menyelesaikan misi tersebut dengan segera dan berkata, "Anda mengetahui apa berlaku musim panas tempohari, kami tersingkir awal daripada saingan Euro. Ia tidak menghalang kami daripada memenangi Liga Negara-Negara.

"Jika anda mengiri saingan kelayakan, terdapat tiga objektif yang perlu dicapai pada tahun yang sama, di mana sesuatu yang sangat ganji.

"Kini mari memastikan kami melengkapkan dua daripada tiga sasaran sebelum memasuki tahun hadapan, di mana tahun yang cukup istimewa apabila saingan Piala Dunia dianjur pada bulan November."