Penyerang Inter Milan, Lautaro Martinez, telah mengikat kontrak baru selama empat setengah tahun, demikian diumumkan kelab Serie A itu.

Berdasarkan laporan tempatan, kontrak baru pemain kebangsaan Argentina itu akan tamat pada penghujung musim 2025-26 dan tidak mengandungi sebarang klausa pelepasan.

Martinez sebelum ini hangat dikaitkan untuk menyertai Barcelona selain khabar angin mengenai minat daripada beberapa kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), termasuk Arsenal dan Tottenham, sepanjang jendela perpindahan lalu.

Bagaimanapun, pemain berusia 24 tahun itu kini menetapkan masa depannya bersama pasukan juara Serie A itu, yang kelihatan amat memerlukan bekas bintang Racing berkenaan selepas kehilangan Romelu Lukaku kepada Chelsea.