Adam Lallana tidak akan beraksi bersama England berdepan Sepanyol atau Switzerland selepas menarik diri ekoran kecederaan pangkal paha.

Pemain tengah menyerang itu, yang tidak tersenarai dalam skuad England yang mara ke perlawanan separuh akhir Piala Dunia, mengalami kecederaan yang memerlukan penilaian lebih menyeluruh.

Dia akan kembali ke Liverpool, terlepas saingan pembukaan Liga Negara-Negara UEFA menentang Sepanyol serta aksi persahabatan berdepan Switzerland.

Lallana hanya beraksi selama tiga minit dalam empat perlawanan pembukaan Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.