LaLiga: Xavi yakin Yamal akan jadi pemain terbaik selepas cipta sejarah di Barcelona

Muzaffar Musa
April 30, 2023 04:08 MYT
Xavi yakin Lamine Yamal akan mencapai sesuatu yang hebat selepas pemain remaja itu mencipta sejarah di Barcelona sewaktu diturunkan ketika menentang Real Betis awal pagi tadi.
Yamal dimasukkan sebagai pemain gantian pada lewat perlawanan di Camp Nou itu, di mana Barca menewaskan betis 4-0 untuk kembali berkelebihan 11 mata di tangga teratas LaLiga.
Produk Akademi La Masia itu, pada usia 15 tahun dan 290 hari, menjadi pemain termuda pernah diturunkan Blaugrana sepanjang sejarah Serie A.
Yamal hampir membantu jaringan Ousmane Dembele pada penghujung aksi tetapi pemain sayap itu melepaskan peluang keemasan di depan gawang dan Xavi percaya perancang muda seperti Yamal memiliki bakat untuk diperkembangkan.
Ketua jurulatih Barca itu berkata: "Saya memberitahunya untuk mencuba banyak perkara. Pada usia 15 tahun, dia memiliki bakat dan merupakan seorang pemain yang istimewa.
"Dia mampu untuk menjaringkan gol, mampu untuk melakukan bantuan dan jika anda melihatnya dalam sesi latihan, anda dapat lihat dia boleh menjadi seorang pemain yang amat hebat."

1 - Lamine Yamal has become the youngest player to make his debut for Barcelona in the history of LaLiga and the fifth overall: Luka Romero (15 years, 219 days). Samson (15y, 255d) Pedro Irastorza (15y, 288d) Óscar Ramón (15y, 289d) LAMINE YAMAL (15y, 290d) Youth. pic.twitter.com/zWaN25yeOU

— OptaJose (@OptaJose) April 29, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Raphinha menjaringkan satu gol dan melakukan satu bantuan jaringan ketika menewaskan Betis dengan Andreas Christensen dan Robert Lewandowski turut menemui sasaran sambil Guido Rodriguez terjaring gol ke gawang sendiri.
Pemain sayap Brazil itu turut bersetuju dengan sentimen Xavi berkenaan Yamal dengan berkata: "Ketika saya berusia 15 tahun, saya hanya bermain untuk pasukan kejiranan saya.
"Ia amat luar biasa. Ia boleh menjadi lebih luar biasa jika dia dapat menjaringkan satu gol."
#bola sepak #Barcelona #Real Betis #LaLiga #Xavi #Lamine Yamal