Frenkie de Jong mendedahkan bahawa Presiden Barcelona, Joan Laporta, meletakkannya dalam keadaan tertekan untuk meninggalkan kelab itu tetapi dia langsung tidak berniat untuk berpindah ke kelab lain.

De Jong hangat dikaitkan untuk ke Manchester United sewaktu jendela perpindahan lalu memandangkan Barca sedang mencuba untuk mengurangkan pemain selepas mendatangkan Robert Lewandowski, Raphinha dan Jules Kounde.

Pemain tengah Belanda itu, yang turut dilaporkan menarik minat Paris Saint-Germain (PSG), telah menjelaskan sebelum ini bahawa dia mahu kekal di Camp Nou.

De Jong sedar pasukan gergasi Catalan itu mahu menyingkirkannya tetapi dia tidak terkesan dengan segala cakap-cakap mengenai masa depannya.

Dia berkata kepada Ziggo Sport: "Saya kekal tenang. Saya sudah menetapkannya sejak Mei lalu bahawa saya akan kekal di sini. Pandangan saya tidak pernah berubah sejak waktu itu, saya kekal bertenang.

"Tetapi kemudian anda tahu tekanan yang akan tiba... daripada akhbar, daripada presiden, daripada segala tempat. Tetapi saya mahu kekal di Barca dan ia tidak pernah mengganggu saya."