Alexandre Lacazette mengakui Arsenal bernasib baik apabila diberikan sepakan penalti yang disempurnakan ketika meraih kemenangan ke atas Tottenham dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pengadil, Michael Oliver, memberikan Arsenal sepakan penalti selepas Davinson Sanchez melakukan terjahan terhadap Lacazette selepas penyerang Perancis itu gagal melakukan rembatan yang tepat.

Lacazette menewaskan rakan senegaranya, Hugo Lloris, bagi melengkapkan kebangkitan 2-1 buat Arsenal, dengan Martin Odegaard menafikan jaringan pembukaan Erik Lamela.



Namun, Lacazetted menerima bahawa The Gunners bernasib baik kerana diberikan penalti yang menentukan keputusan perlawanan.

"Kami bernasib baik kerana mendapat penalti itu. Kadang-kadang ada baiknya mendapat keputusan yang baik daripada pengadil," katanya.

"Sudah tentu saya gembira. Sebelum ini, saya telah melakukan banyak mengambil penalti berdepan Hugo tetapi saya yakin. Anda mesti yakin."


Penalti yang diberikan kepada Arsenal pada saat yang sangat penting dalam perlawanan ini tidak diragukan lagi adalah perbincangan yang besar, dan Jose Mourinho tidak senang dengan keputusan itu.

"Tidak ada temu ramah selepas perlawanan untuk pengadil? Sayang sekali," katanya kepada Sky Sports. "Kami bermain sangat buruk dalam separuh masa pertama -- 1-1 bukan gambaran yang adil bagi separuh masa pertama. Kami bermain teruk, bertahan dengan teruk.

"Tiada intensiti dan tekanan. Sesetengah pemain bersembunyi. Kami memperbaikinya dalam separuh masa kedua.

"Maka itu adalah pertanyaan -- tetapi yang mustahil kerana [pegawai] tidak bercakap -- untuk pengadil Michael Oliver menjawab. Mungkin Paul Tierney juga kerana dia adalah VAR.

"Menurut [pegawai keempat] Kevin Friend, pengadil memberitahu bahawa dia mempunyai keputusan yang jelas dan VAR tidak mahu menentangnya."