Kylian Mbappe janji lebih banyak sumbangan buat PSG

Shaiful Shamsudin
Mac 5, 2023 03:28 MYT
PSG 4 NANTES 2
Kylian Mbappe menikmati pencapaian istimewanya muncul penjaring gol terbanyak Paris Saint-Germain (PSG) awal pagi tadi sambil mengisytiharkan masih banyak yang perlu dilakukannya.
Mbappe mengatasi rekod Edinson Cavani dengan gol ke-201 bersama PSG pada masa kecederaan untuk memastikan kemenangan 4-2 Ligue 1 ke atas Nantes di Parc des Princes.
Jaringan luar biasa penyerang Perancis itu untuk juara Ligue 1 berkenaan hanya hadir dalam 247 perlawanan.
Mbappe memakai lilitan kapten ketika dia mencipta sejarah selepas menggantikan Marquinhos dalam separuh masa kedua.
Bekas bintang Monaco itu mencipta rekod berkenaan pada usia hanya 24 tahun apabila berpaling sebelum membuat penyudah klinikal.
Dia memberitahu Canal Plus: "Saya beraksi untuk mencipta sejarah dan saya sentiasa berkata saya mahu mencipta sejarah di Perancis, di ibu negara saya, di bandar saya dan saya melaksanakannya.

✨ ?????? ??????́ ✨ The top goalscorer in Paris Saint-Germain history! ❤️?#?EEP?AKINGHIS?ORY pic.twitter.com/kIcCQoz6Gt

— Paris Saint-Germain (@PSG_English) March 4, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Ia hebat, tetapi masih banyak yang perlu dilakukan.
Mbappe menambah: "Bagi saya, sebagai penduduk sejati Paris, ini satu pencapaian yang istimewa.
"Jika seseorang berkata bahawa saya akan menjaringkan gol untuk mengatasi rekod ini sambil menyarung lilitan kapten, saya pasti tidak akan mempercayainya."
#PSG #Kylian Mbappe