Nidzam Jamil atau Irfan Bakti Abu Salim? dua nama terakhir yang menjadi pilihan Kuching City FC untuk menggantikan Akira Higashiyama dari Jepun selaku ketua jurulatih musim depan.

Presiden Kuching City FC, Fazzrudin Abdul Rahman, mengakui kedua-duannya adalah calon yang sesuai bagi menggantikan pengendali dari Jepun itu.

"Pilihan utama kali adalah mengekalkan khidmat Akira sebagai pengendali pasukan dan selepas berbincang sekaligus pihak pengurusan akur dengan Akira yang mahu meninggalkan pasukan," katanya.

"Kami sedang melihat kepada calon yang telah tersenarai dan telah berbincang dengan mereka. Kami masih lagi menunggu maklum balas daripada pihak mereka.

"Kami telah berkerjasama dengan jurulatih Nidzam Jamil sebelum ini, sementara Irfan Bakti merupakan seorang pengendali yang berpengalaman."

Sementara itu, Nidzam tampak sedia menerima jawatan berkenaan apabila mengakui tidak memilih pasukan untuk meneruskan kariernya sebagai jurulatih.

Nidzam kini dalam perbincangan untuk menamatkan baki setahun kontrak menerusi persetujuan bersama dengan Felda United yang tidak lagi beraksi musim depan.

"Saya seorang jurulatih dan tidak melihat diri saya hanya perlu berada di Liga Super. Saya sedia untuk berminat mendapatkan khidmat saya, saya terbuka untuk melakukan perbincangan," kata Nidzam.