Kubo mahu tinggalkan Villarreal

Muzaffar Musa
Januari 3, 2021 06:02 MYT
Pemain muda Real Madrid, Takefusa Kubo, mahu memendekkan tempoh pinjamannya degan Villarreal dan menyertai pasukan lain, demikian disahkan ketua jurulatih skuad Yellow Submarine itu, Unai Emery.
Kubo hanya memulakan dua perlawanan LaLiga sejak menyertai Villarreal secara pinjaman semusim daripada Madrid pada Ogos lalu dan tidak menjadi sebahagian daripada pasukan itu ketuka menewaskan Levante 2-1 awal pagi tadi.
Presiden Getafe, Angle Torres, mendedahkan minggu ini bahawa kelabnya berminat untuk mendapatkan pemain Jepun itu dan laporan di Sepanyol mendakwa bahawa kelab yang berpangkalan di Madrid itu sudah hampir pasti mendapatkan kesepakatan.
Bercakap selepas pasukannya menewaskan Levante, yang melonjakkan Villarreal ke tangga keempat LaLiga, Emery mengakui bahawa pemain sayap itu akan berpindah.
"Saya bertanyakan kepada Kubo sama ada dia mahu kekal atau meninggalkan (Villarreal) dan dia beritahu saya bahawa dia sedang mencari jalan keluar dari sini," katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

You can stand under my umbrella, ella, ella ☔? ? Take Kubo pic.twitter.com/hj8OwVEkQY

— Villarreal CF English (@Eng_Villarreal) August 22, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Take mempunyai sikap yang baik, dia membantu kami dan perlu terus berkembang untuk menjadi pemain yang baik.
"Bagaimanapun, dia memberitahu saya bahawa dia mahu pergi untuk mendapatkan lebih minit permainan di tempat lain dan disebabkan itu dia tidak tersenarai untuk perlawanan hari ini," katanya.
#Real Madrid #Unai Emery #Villarreal #Getafe #LaLiga