Kuala Lumpur United pelopor kerjasama eksklusif Astro

Shaiful Shamsudin
Februari 20, 2021 07:25 MYT
Kuala Lumpur United FC (KLUFC) muncul pasukan pertama Liga Malaysia (Liga-M) yang menjalinkan kerjasama eksklusif bersama Astro.
Pasukan Lembah Klang itu -- yang akan diketuai jurulatih berpengalaman, Bojan Hodak -- akan bertanding dalam Liga Super musim ini selepas meraih tangga ketiga dalam Liga Perdana musim lalu.
Dalam Majlis Pengenalan Pasukan KLUFC musim 2021 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, sebentar tadi, Astro mengumumkan perjanjian menerbitkan siri dokumen berkaitan KLUFC seperti persiapan, sesi mesyuarat pasukan dan situasi di bilik persalinan.
Ketua Bahagian Sukan Astro, Lee Choong Khay, turut mendedahkan sebuah perlawanan pra-musim melibatkan KLUFC dengan Selangor yang akan dilangsungkan menerusi pentas Piala Menteri Wilayah Persekutuan -- Piala Prihatin.
"Peminat bola sepak Malaysia amat bersemangat. Kita tidak pernah menyaksikan kandungan eksklusif seperti di belakang tabir, bilik persalinan , mesyuarat bersama barisan pemain dan jurulatih, itulah yang mahu ditonton oleh peminat kita.
"Selain itu, Astro juga akan menyiarkan sebuah perlawanan 'derby' istimewa di gelanggang berkecuali.
"Kami berharap kerjasama ini akan memberikan kandungan bermakna buat peminat bola sepak," katanya.

The lads #sampaimatikualalumpur #kualalumpur #ligasuper2021 #klunited

Posted by Kuala Lumpur United on Wednesday, February 17, 2021
Perlawanan yang julung kalinya di Shah Alam itu akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro 825, dari jam 8.00 malam pada 27 Februari depan.
Bagi pelanggan bukan pakej sukan Astro pula boleh menontonnya dengan membeli pas bernilai RM2.99
Hasil kutipan perlawanan itu membabitkan penajaan akan disalurkan untuk tujuan kebajikan.
"DBKL merupakan (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) dan secara tradisinya menjadi penaja utama kami, saya harap ia berterusan dengan membawa nama Kuala Lumpur, kejayaan menjadi matlamat utama.
"Ia juga akan mengharumkan nama Kuala Lumpur dan DBKL.
"Kami juga banyak bergantung kepada kemudahan DBKL termasuk stadium walaupun berbeza pegangan politik," kata Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abd Samad dalam sidang media.

Walaupun berlainan fahaman politik, sukan menyatukan kita semua! Terima kasih Tan Sri Annuar Musa & YB Khalid Samad Caring Cup ? on gaisss! Selangor FC vs KL United FC! @klunitedfc pic.twitter.com/1J8VaLXgJX

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) February 20, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, yang pernah menerajui Kelantan menjuarai kejayaan 'treble' pada 2013 berbesar hati untuk melihat kerjasama ini, lebih-lebih demi budaya sukan yang diamalkan warga kota.
"Dalam konteks (penajaan untuk) KLUFC, kebetulan waktu ini saya memikulkan tanggungjawab sebagai Menteri Wilayah Persekutuan (jadi) apa-apa yang menyumbangkan kemajuan, saya lihat ia potensi peranan yang cukup besar selain aspek keprihatian kepada anak-anak muda, ini kerana sukan sesuatu yang amat dekat dengan anak muda Kuala Lumpur," katanya.
Dalam masa sama, Hodak bersikap merendah diri sambil meletakkan misi kekal dalam Liga Super pada musim depan.
#liga super #Kuala Lumpur #KLUFC