Toni Kroos berkata dia berkemungkinan tidak lagi menyarung jersi Jerman selepas berakhir Euro 2020.

Pemain tengah Real Madrid itu merupakan salah seorang pemain utama ketika Jerman menjuarai Piala Dunia 2014 di Brazil.

Tetapi skuad kendalian Joachim Low itu gagal meneruskan kejayaan itu, tewas kepada Perancis dalam separuh akhir Euro 2016 dan tersingkir awal ketika kempen Piala Dunia di Russia.

Kroos telahpun mendedahkan bahawa Euro 2020 berkemungkinan besar menjadi pertandingan terakhirnya di pentas antarabangsa.

"Selepas Euro 2020, ia adalah saat terbaik untuk memikirkan tentang perkara ini," kata Kroos

"Saya tidak akan membunuh diri jika mengakhiri karier tanpa merangkul gelaran Euro."

Kroos dan Jerman akan meneruskan kempen kelayakan Euro 2020 di laman sendiri berdepan Belanda dalam saingan Kumpulan C, awal pagi esok.

Jerman bakal turun tanpa khidmat Kroos dan Leon Goretzka, dengan pemain tengah Bayern Munich itu telah meninggalkan kem Jerman ekoran kecederaan paha.