Kroos bangga sebaris legenda Jerman di Madrid

Shaiful Shamsudin
Mac 6, 2021 04:07 MYT
Bintang Real Madrid, Toni Kroos, berhasrat untuk bersara bersama juara bertahan LaLiga itu.
Kroos menikmati kejayaan utama sejak berhijrah ke Madrid daripada juara Bundesliga, Bayern Munich, pada 2014 apabila memenangi tiga trofi Liga Juara-Juara (UCL) dan dua LaLiga dalam deretan 13 gelaran di kelab itu.
Pemain tengah berusia 31 tahun itu telah membuat 309 penampilan di kelab ibu negara Sepanyol itu -- penampilan terbanyak di Santiago Bernabeu oleh pemain kelahiran pemain Jerman bagi mengatasi pencapaian Uli Stielike.
Mengimbas semula prestasi itu, Kroos -- yang telah menjaringkan 21 gol sejak berkelana ke LaLiga -- berkata kepada Real Madrid TV: "Ini sesuatu yang istimewa. Sebaik anda melihat pemain Jerman yang pernah beraksi di sini, anda menyedari bahawa mereka terdiri daripada nama-nama besar: Gunter Netzer, Bernd Schuster atau Stielike.
"Mengatasi pencapaian Stielike yang merupakan seorang legenda kelab membuat saya sangat gembira. Ini adalah satu rekod yang istimewa dan saya gembira dapat sampai ke tahap ini.
"Seperti yang saya selalu katakan, saya mahu bersara di sini dan itulah yang akan saya cuba lakukan."

???? @ToniKroos: "Becoming the German with the most appearances is special and I'm delighted." ? FULL INTERVIEW ?

— Real Madrid C.F. ???? (@realmadriden) March 5, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kroos menyumbangkan dua gol dan mencipta enam bantuan jaringan dalam 22 penampilan liga musim ini dan dia telah membuat 31 penampilan di semua kejohanan.
Madrid menghuni tangga ketiga LaLiga, lima mata di belakang seteru kota yang juga pendahulu, Atletico Madrid, menjelang 'derby' malam esok.
Barisan bimbingan Zinedine Zidane itu belum tewas dalam tiga perlawanan LaLiga di Wanda Metropolitano dan kekal sebagai satu-satunya pasukan dalam liga yang tidak pernah tumbang di gelanggang baru itu.
Zidane juga belum pernah tewas ketika berdepan Rojiblancos sebagai pengurus dan berpeluang muncul sebagai pengurus kedua kelab itu untuk mengelakkan kekalahan dalam empat aksi'derby' di kandang lawan selepas Luis Molowny melakukannya pada 1986.
"Saya cuba memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan dan apabila hantaran yang saya buat tidak sampai kepada rakan sepasukan, ia menjengkelkan saya sendiri," tambahnya.
"Saya berusaha untuk mencapai kesempurnaan dalam soal ini walaupun saya tidak pernah akan menjadi sempurna.
"Saya mempraktikkannya dan saya berterusan mengusahakannya bertahun-tahun lamanya."

#DerKlassiker, #ElDerbi, Juventus vs Lazio, Inter vs Atalanta and more coming up! ⚽ Join our Telegram channel: https://t.co/nQHqw0c9JB pic.twitter.com/Ny7xMcgXSg

— Stadium Astro ? (@stadiumastro) March 5, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Real Madrid #Toni Kroos #LaLiga