Pemain tengah Itali, Antonio Candreva, percaya bahawa kritikan penyokong ketika tewas 0-3 di tangan Sepanyol baru-baru ini berjaya mengembalikan kemenangan buat pasukannya.

Gol tunggal Ciro Immobile menghadiahkan kemenangan 1-0 buat skuad Azzurri mengatasi Israel dalam aksi di Stadium Mapei, sekaligus mempamerkan kebangkitan setelah tewas di Madrid sebelum ini.

“Kami memerlukan kemenangan dan bagi saya, ia adalah satu aksi yang positif buat kami.

“Kritikan adalah sebahagian daripada bola sepak, namun kami adalah kumpulan yang kukuh walaupun kadang-kala ia agak melampau. Itali mempamerkan aksi bagus pada tahun ini.

“Kekalahan di Madrid sangat menyakitkan kami berbanding orang ramai. Kami tidak menjangkakannya dan belajar daripada kesilapan itu,” kata Candreva.

Pendapat Candreva itu turut disokong oleh rakan sepasukan, David Zappacosta.

“Aksi di Madrid telah mengejutkan kami. Kami harus bangkit, bertarung dalam setiap perebutan bola dan menyaingi pihak lawan.

“Aksi menentang Israel lebih sukar kerana mereka mengunci setiap ruang dan tidak memudahkan segala usaha anda,” ujar Zappacosta.