Atletico Madrid mengumumkan pemain pertahanan, Jose Maria Gimenez, mengalami masalah jangkitan otot.

Pemain Uruguay itu terlepas dua sesi latihan terakhir dan sedang menjalani rawatan antibiotik.

Untuk itu, dia akan mungkin terlepas aksi LaLiga bertemu Celta Vigo di Vicente Calderon.

"Jose Maria Gimenez sudah dua kali tidak dapat mengikuti latihan bersama-sama rakan sepasukan kerana jangkitan di tisu kaki kanannya tapi ia tidak menjangkiti sendi dan bahagian lain," menurut satu kenyataan Atletico.

Perkembangan itu membuat Diego Simeone bertambah pening untuk mengatur bahagian bentengnya.

Ia berikutan Diego Godin, yang ditimpa masalah otot paha, memerlukannya rehat dua minggu dan hampir pasti terlepas pertemuan dengan Bayer Leverkusen dalam peringkat 16 Liga Juara-Juara.

Justeru, Stefan Savic dijangka diturunkan di bahagian pertahanan tengah.

Skuad kendalian Simenone kini menduduki tangga keempat LaLiga, tujuh mata di belakang pendahulu, Real Madrid.