Niko Kovac yakin Robert Lewandowski tidak akan meninggalkan Bayern Munich walaupun terdapat laporan pemain sasaran Real Madrid itu mahu mendapatkan cabaran baru.

Ejen Lewandowski, Pini Zahavi, sebelum ini mengesahkan pemain itu mahu meninggalkan Allianz Arena dan Kovac menyedari keinginannya.

Juara Eropah, Real, telah lama dikaitkan dengan pemain kebangsaan Poland itu dan dilihat sebagai pengganti Cristiano Ronaldo.

Ketua Pegawai Eksekutif Borussia Dortmund, Hans-Joachim Watzke, turut terlibat dalam spekulasi itu dengan mendedahkan kelab berkenaan sedia berbelanja sebanyak EUR100 juta (RM474 juta) untuk membawa Lewandowski kembali ke Signal Iduna Park.

Kovac, bagaimanapun, tidak sabar untuk tidak kehilangan bintang itu.

"Tiada perkembangan baru mengenai Lewandowski. Dia tidak akan meninggalkan kelab kerana kami memiliki penyerang yang berkualiti dan enggan melepaskannya," kata Kovac.

"Kami berharap Lewandowski akan menjaringkan lebih banyak gol bersama pasukan dalam usaha mencapai sasaran yang telah ditetapkan."