Sebaik diumumkan akan kekal selaku presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kongres ke-57 badan induk itu, Datuk Hamidin Mohd Amin, turut mengumumkan bahawa dia akan mengundurkan diri daripada jawatan presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Perkara itu diumumkannya secara tidak rasmi dan berasakan perkara itu merupakan keputusan paling tepat buat ketika ini.

"Saya tidak perlu tamak kuasa walaupun saya tahu keputusan ini akan menyebabkan ahli gabungan lain marah kepada saya.

"Tiada seorang pun tahu mengenai perkara ini kecuali anak saya dan saya telah memuktamadkannya malam tadi.

"Tetapi saya akan terus menyokong MFL dan pengunduran ini dapat memberikan peluang untuk individu lain menerajuinya.

"Saya pasti ramai yang layak untuk jawatan ini. Buat apa saya hendak tamak jawatan ini semua kerana saya mahu menumpukan kepada FAM.

"Jika saya mahu menumpukan kepada MFL, saya perlu meninggalkan FAM," katanya.

Sekalung tahniah kepada Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin yang mengekalkan jawatan Presiden FAM bagi penggal...

Posted by Football Association of Malaysia on Saturday, 13 March 2021


Senarai Ahli Jawatankuasa FAM penggal 2021-2025

PRESIDEN
Datuk Hamidin Mohd Amin

TIMBALAN PRESIDEN
1. Datuk Wira Yusoff Mahadi
2. Datuk S. Sivasundaram

NAIB PRESIDEN
1. Mohd Firdaus Mohamed
2. Datuk Rosmadi Ismail
3. Datuk Posa Majais
4. Joehari Ayub

AHLI JAWATANKUASA EKSEKUTIF
1. Datuk Hisamudin Yahaya
2. Datuk Jefferey Low Han Chau
3. Christopher Raj
4. Datuk Seri Shahril Mokhtar
5. Md Dali Wahid
6. N. Saaran
7. Datuk Adly Shah Ahmad Tah
8. Syed Yazid Syed Omar
9. Datuk Suraya Yaacob
10. Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah