Skuad PSG kendalian Mauricio Pochettino tewas 1-0 kepada Lille dalam aksi yang berlangsung di Tel Aviv, Israel.

PSG tanpa khidmat beberapa bintang ternama dalam perlawanan tersebut, termasuk pemain termahal dunia, Neymar, yang juga tidak akan diturunkan dalam aksi pembukaan Ligue 1 bertemu Troyes Sabtu ini.

Pemain berusia 29 tahun itu masih lagi bercuti selepas bersama skuad Brazil dalam saingan Copa America, kejohanan di mana mereka tewas kepada Argentina dalam aksi final.

Ia merupakan rehat yang diberhak diterima Neymar, yang tersenarai dalam kesebelasan terbaik kejohanan Amerika Selatan itu setelah menjaringkan dua gol dan menyumbang tiga assist.



Walaupun sedang berehat, bekas pemain Barcelona itu dikritik hebat dalam media sosial kerana keadaan fizikalnya yang terlalu ketara tidak berada di tahap terbaik.

Imej Neymar yang berada dalam kondisi kurang baik untuk atlet elit, ia dimuat naik oleh wartawan RMC Sport, Daniel Riolo.

Ini mengakibatkan peminat membandingkan pemain PSG dengan pemain seperti Ronaldinho dan Ronaldo Nazario, yang gemar berhibur hingga menjejaskan prestasi mereka.