Ronald Koeman kelihatan positif selepas aksi cemerlang Barcelona dipamerkan dalam pra-musim dengan kemenangan 4-0 ke atas Gimnastic di Estadi Johan Cruyff.

Penyerang Albania, Rey Manaj, yang tidak pernah diberikan aksi kompetitif bersama Barca dan dijangka berhijrah musim panas ini, menjaringkan hatrik kedua dalam aksi persahabatan semalam di hadapan 2,000 penyokong.

Alex Collado menjaringkan satu lagi gol buat Barcelona, tetapi perlawanan itu tidak bersifat berat sebelah selepas tiga daripada empat gol terhasil dalam tempoh lima minit terakhir.

Koeman menurunkan pemain seperti Sergino Dest, Gerard Pique, Miralem Pjanic, Sergi Roberto, Riqui Puig dan Samuel Umtiti pada permulaan permainan.

Pemain baru, Yusuf Demir, yang dibawa dari Rapid Vienna dan disifatkan sebagai 'Messi Austria' atas gaya permainannya, turut beraksi dalam 45 minit pertama buat gergasi Catalan itu.

"Yang penting adalah hampir semua orang telah bermain selamat 45 minit; ini adalah sesuatu yang penting bagi aspek fizikal," katanya kepada Barca TV.

"Kami mendominasi dan kami mendapa hasil yang baik. Oerlawanan ini meninggalkan perasaan positif.

"Pemain saya telah kembali dengan baik. Mereka juga berlatih dengan bersungguh-sungguh -- ini semua mengenai kecergasan. Dengan dua pasukan yang berbeza, setiap orang berpeluang menunjukkan kualiti."