Klopp tidak rasa Liverpool akan ambil pemain baru bulan ini

Muzaffar Musa
Januari 28, 2021 03:49 MYT
Jurgen Klopp tidak rasa akan ada pemain baru menyertai Liverpool sebelum jendela perpindahan ditutup hujung bulan ini.
Pasukan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu terus dikaitkan untuk mendapatkan pertahanan tengah baru bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Virgil van Dijk dan Joe Gomez kerana kecederaan.
Tetapi ketika ditanya sama ada dia menjangkakan sebarang ketibaan pemain baru sebelum jendela perpindahan ditutup 1 Februari ini, pengurus Liverpool itu berkata kepada wartawan: "Mungkin tidak. Tidak, mungkin tidak.
"Saya tidak katakan ia 100 peratus tidak tetapi sejujurnya saya tidak menjangkakan apa-apa."
Menjelang kunjungan ke laman Tottenham awal pagi esok, Liverpool kini tidak pernah menang dalam lima perlawanan liga terakhir dan menduduki tangga keenam dengan tujuh mata di belakang pendahulu, Manchester City.

Next up, it's @SpursOfficial ?#TOTLIV pic.twitter.com/84WssoNRYj

— Liverpool FC (@LFC) January 26, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Liverpool #Jurgen Klopp #Liga Perdana Inggeris