Jurgen Klopp memohon maaf selepas melabel rakan sejawatanya di Tottenham, Antonio Conte, terlalu menerapkan taktik bertahan ketika mengikat Liverpool 1-1, kelmarin.

Spurs hanya menguasai 35 peratus penguasaan dan sekadar melancarkan tiga percubaan berbanding 22 kali oleh tuan rumah, secara tidak langsung menjejaskan usaha Liverpool untuk terus tekanan kepada juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, yang kini menguasai puncak dengan kelebihan mata berbaki dua perlawanan.

Begitupun, pengurus dari Jerman itu menganggap ulasannya telah disalah tafsir, malah dengan rendah diri mengakui Conte telah melakukan satu tugas hebat sejak mengemudi kelab London berkenaan sebaik Nuno Espirito Santo dipecat selepas 17 perlawanan.

"Tidak.

"(Memang benar) ia adalah apa yang terlintas di fikiran saya. Cuma ia bukan apa yang saya patut katakan kerana ia tidak sesuai," katanya kepada pemberita apabila ditanya sama ada dia akan menghubungi Conte untuk meminta maaf.





“Kami tidak tewas tetapi ia berasa seperti satu kerugian.

"Salah seorang daripada kamu bertanya bagaimana mereka bertahan dan begitulah ia berbunyi pada saat itu. Apa yang saya maksudkan ialah saya tidak mampu melatih mereka -- sebaliknya merupakan satu pujian.

"Saya tidak mampu. Apa yang mereka lakukan adalah luar biasa dan sangat sukar untuk dihadapi -- mereka menyukarkan kami untuk memburu gol.

"Apabila anda tidak menjaringkan gol kemudian Harry Kane menguasai bola, ia membuatkan fikiran saya berkecamuk tetapi apa yang boleh dilakukan pada saat-saat itu? Mesej utama saya ialah saya tidak mampu melatih mereka.

"Ibarat Diego Simeone dan Atletico Madrid, saya tidak sabar untuk berdepan dengan mereka lagi.

"Itulah maksud sebenar saya, saya sepatutnya tidak perlu mengatakannya. Ia keluar dari mulut sebelum saya berfikir."