Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, percaya ia akan menjadi sukar untuk Philippe Coutinho kembali ke Anfield andainya dia mahu menyertai sebuah kelab lain daripada Barcelona… umpamanya Everton.

Coutinho terdesak untuk meninggalkan Liverpool untuk menyertai gergasi LaLiga, Barca, dengan mengemukakan permintaan untuk berpindah tetapi ia tidak menjadi gara-gara The Reds dilaporkan menolak tiga bidaan sebelum jendela perpindahan ditutup.

Pemain berusia 25 tahun itu – yang belum membuat sebarang penampilan untuk Klopp musim ini – sudah kembali ke Liverpool selepas membuat dua kemunculan bersama Brazil ketika tempoh rehat antarabangsa, namun diketepikan daripada skuad yang berkunjung ke Manchester City hari ini.

Klopp berasa yakin tidak akan ada masalah untuk menyerapkan kembali Coutinho kerana dia bukannya menuntut untuk menyertai musuh setempat Liverpool di Merseyside.

“Adakah saya fikir seseorang mungkin mempunyai rungutan? Kebanyakan mereka adalah sahabat selama bertahun-tahun.

“Sudah pasti jika ia membabitkan sebuah kelab seperti Barcelona, maka tiada sesiapa akan mengatakan: ‘Adakah kamu gila, kenapa kamu mahu ke sana?’

“Semua orang mempunyai sedikit kefahaman dan memikirkan ‘OK ia adalah Barcelona' dan bukannya dia mahu menyertai Everton.”