Klopp tiada keraguan dengan keinginan Liverpool

Muzaffar Musa
Oktober 4, 2020 03:48 MYT
Jurgen Klopp tiada sebarang keraguan mengenai keinginan Liverpool dalam mengejar kejuaraan musim ini.
Liverpool memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) sepanjang dua musim lalu dan kejayaan domestik musim 2019-20 itu memberikan mereka gelaran liga pertama sejak 1990.
Skuad kendalian Klopp itu memenangi tiga perlawanan pembukaan liga musim ini menjelang kunjungan ke Aston Villa awal pagi esok.
Pengurus Liverpool itu menegaskan dia tidak mempunyai sebarang keraguan mengenai keinginan anak buahnya untuk meneruskan kejayaan dalam kempen terbaru mereka.
"Kami sudah bersetuju sejak lama dahulu bahawa kami akan menjadikannya sebagai waktu terbaik dalam hidup kami selagi mana kami masih bersama. Itulah yang sedang kami lakukan.
"Saya tidak mempunyai keraguan mengenai keinginan dan kemahuan pemain saya.
"Ia sebahagian tugas saya untuk memastikan perkara itu diteruskan dan sejak dahulu lagi saya sudah sedar yang saya boleh melakukan sesuatu yang bebeza.
"Ia bermakna kami berada dalam kedudukan yang selamat, saya boleh katakan seperti itu.

? pic.twitter.com/7ju6XrBtaj

— Liverpool FC (@LFC) October 2, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Jika kami tidak berjaya, ia bukan disebabkan kami tidak mahukannya dengan segala apa yang kami ada.
"Mungkin terdapat pasukan lain yang lebih baik daripada kami -- itulah bola sepak dan kehidupan juga seperti itu -- tetapi ia bukan disebabkan oleh keinginan atau kemahuan kami.
"Tidak, kami masih berada dalam suasana yang betul," katanya.
Liverpool akan bertandang ke Villa Park selepas disingkirkan oleh Arsenal daripada saingan Piala EFL, Khamis lalu.
#Liverpool #Aston Villa #Jurgen Klopp #Liga Perdana Inggeris