Jurgen Klopp gembira menyaksikan Liverpool memperbaiki beberapa masalah ketika mengatasi Porto, namun menegaskan mereka akan bertambah baik ketika bertemu Manchester City seterusnya.

Mohamed Salah dan Roberto Firmino menjaringkan dua gol awal pagi tadi selepas merakamkan kemenangan 5-1 dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL).

Liverpool menggunakan peluang atas kegagalan penjaga gol Porto, Diogo Costa yang bergelut sepanjang perlawanan bagi merekodkan dua kemenangan berturut-turut dalam Kumpulan B, namun Klopp mengakui di awal permainan lawannya hampir mencetus kebimbangan seperti yang berlaku ketika bertemu Brentford.

Jurulatih kelahiran Jerman itu menyaksikan bangkit dua kali ketika bertemu Bees dalam separuh masa kedua aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berkesudahan 3-3 Sabtu lalu. Bagaimanapun, isu itu tidak berlaku dalam saingan pentas Eropah.

"Permainan bermula dan kami dapat melihat bahawa Porto menyaksikan perlawanan terakhir kami menentang Brentford dengan jelas, menguji benteng pertahanan dengan corak yang sama," kata Klopp kepada BT Sport.

"Kami bergelut sekali lagi tetapi itu amat penting. Pemain-pemain juga manusia, ia salah satu sebab saya tidak melakukan pertukaran dalam perlawanan ini. Saya mahu ia diselesaikan dalam perlawanan dan itulah yang telah kami lakukan, dalam perlawanan.

"Kami mungkin tidak menjaringkan gol yang cantik tetapi penting bagi pasukan. Dalam separuh masa kedua, kami mengawal permainan.

"Porto berdepan masalah -- mereka hanya turun dengan seorang pertahanan tengah kerana kad merah dalam perlawanan terdahulu dan Pepe tidak dapat beraksi. Saya berasakan mereka tidak mencapai keserasian yang diperlukan jadi ia membuka peluang buat kami."